Loading...

Kek Lapis by Wai Orderla (BM)

Lokasi Perniagaan

Lembah Klang


Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Selamat datang ke KLBW Orderla dan terima kasih kerana mengunjungi kami.
 *untuk versi bahasa english, sila klik di sini.

3 langkah mudah dan anda semakin hampir untuk menikmati  Kek Lapis  kegemaran anda.




Layari & teliti kepelbagaian kami

Lihat & pilih kegemaran anda

Sertakan maklumat anda & nantikan kami

Dengan cermat, kami akan sediakan pesanannya. Kemudian maklumkan anda mengenai penghantaran dan proses pembayaran yang selanjutnya.


Kami mempunyai 4 Siri & kesemua 30+ perisa lazat.

Memperkenalkan,

    •  Siri PREMIUM  : hargai dan belailah diri anda dengan bahan-bahan kami yang berkualiti tinggi dan perisa premium. Tiada patah balik setelah merasainya, kerana tiada yang sepertinya. Dengan hanya RM35* sahaja, anda boleh merasai pengalaman butter-asli, coklat premium dan nikmati kualiti yang berganda.
    •  Siri SEMI-PREMIUM : dapatkan yang terbaik daripada kedua-dua siri dengan tawaran seimbang antara kualiti dan nilai. Tekstur yang masih gebu dan empok, hasil daripada campuran yang sebati. Dengan hanya RM25* sahaja, anda pasti menyedari berat dan saiznya yang ketara. 
    •  Siri BAJET resepi kami telah diperhalusi dan ditambahbaik untuk memberikan hanya yang terbaik meski pada harga yang berpatutan. Dengan mengekalkan kelembapan yang digemari ramai, ia masih kekal sedap dan lazat. Usah terkeliru dan terjerat, dengan hanya RM18* sahaja, pilih siri ini untuk menikmati keenakkannya tanpa mengeringkan poket.
    •  Siri MIX PACK : masih berbelah-bahagi? masih tertanya-tanya kenapa KekLapisbyWai menjadi Kek Lapis yang paling digemari? masih mencari kegemaran anda? Mengapa masih? Rasailah kepelbagaian kami sekaligus dalam satu pek? Dengan hanya RM15* sahaja, tingkatkan pencarian anda dan pilih campuran anda hajati. Temuilah kegemaran anda dengan lebih pantas melalui pek ini.

    *harga bermula.

    Kesemua ini untuk memenuhi selera dan kemampuan. Semestinya kami mempunyai apa yang anda gemari, sepertimana kebanyakkan kami yang sudah menemuinya.

    Ikuti kami di Instagram untuk lebih kemaskini.

    Anda juga boleh temui kami dan pelajari lebih dengan melawat kami di KLBW Google Business.
    Hubungi kami untuk teroka peluang yang ada.

      Terima kasih, sila nikmati dan kongsi bersama insan-insan rapat. Berikan ulasan atau tag kami di IG, kami berbesar hati untuk menampilkan hasil kongsian indah anda. Mungkin juga pintu peluang kupon dan rezeki menanti. *wink
      Yang ikhlas.

      *Nota,
      1. Kesemua produk Kek Lapis kami adalah 
       HALAL , menggunakan bahan-bahan yang dipercayai dan diyakini serta dihasilkan oleh 100%  MUSLIM .
      - Usah sangsi berkenaan statusnya kerana ia semestinya 
      'halalan toyyiban' .
      2. Produk ini boleh bertahan selama 6-bulan dalam sejuk beku, 2-3 bulan dalam peti sejuk dan beberapa hari di atas meja. Malah selamat mengharungi 5-hari pos.
      - Tapi jangan salah sangka, stok-stok kami kesemuanya adalah baru kerana produksi yang berjalan dengan kapasiti penuh 100%.
      - Kami juga kerap mengisi semula stok sebanyak 2-kali sebulan
      .
      3. Langkah terbaik ialah dengan menyimpan di dalam sejuk beku dan hanya mengeluarkan beberapa minit ke suhu bilik sebelum dinikmati.
      - Ini untuk membiarkan suhu meningkat sedikit dan Kek Lapis untuk 'cair', anda akan menyedari ia akan mula menjadi lembut dan gebu.
      - Akhirnya, temuilah rasa lembab & aiskrim yang diperkatakan dan digemari ramai.